Wednesday, 15 June 2016

TAZKIRAH.

TAZKIRAH.


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi. Apa khabar? Baik? Syukur Alhamdulillah. Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan di sepanjang bulan Ramadhan ni. Tinggalkanlah segala yang tak baik.


Kita tak tahu berapa lama lagi kita di atas dunia ni. Entah esok atau lusa. Tidak ada yang mustahil. Jadi, lakukan sebaik-sebaiknya. Bukan sahaja pada bulan Ramadhan kita berkejar-kejar topup PAHALA tetapi juga untuk bulan-bulan seterusnya. Boleh? In shaa Allah.



Jangan kita fikir, “Alaa, Allah sayangkan aku. Sebab tu DIA masih biarkan aku hidup lagi. Dia nak aku hidup lama lagi di muka Bumi ni menikmati kehidupan ni”. Tapi, tahu tak apa disebaliknya? Mungkin juga Allah masih hidupkan kita untuk kita perbanyakkan amalan kita. Masih lagi tidak cukup. Masih nipis lagi buku amal kebaikan kita untuk kita menghadapNya. Iya bukan? Kalau tak, harini juga dia dah PANGGIL kita sebab DIA dah tak sabar nak jumpa kita. Tapi disebabkan amal kebaikan kita masih tak cukup, kita dihidupkan lagi untuk terus tambah tambah dan tambah. Jangan sia-siakan peluang ini.

No comments:

Post a Comment