Kita
terlalu sibuk didik anak perempuan supaya jaga maruah diri sampai
terlupa didik anak lelaki untuk menghormati dan melindungi kaum
wanita.
Kita terlampau sibuk mengajar anak perempuan jadi isteri yang taat
dan patuh sampai terlupa nak didik anak lelaki jadi suami yang
bertanggungjawab dan penyayang.
Kita terlampau sibuk ajar anak perempuan uruskan rumahtangga,
memasak, membasuh, mengemas, sampai tak perasan anak lelaki cuma tahu
goyang kaki sebab semua dah terhidang depan mata
oleh orang perempuan di dalam rumahnya.
Kita terlampau sibuk persiapkan anak perempuan
dengan ilmu pertahankan diri, tutup aurat, jaga pergaulan sampai tak
ingat nak ajar anak lelaki jangan sentuh jangan tenung anak perempuan
orang sembarangan.
Perasan tak perempuan sentiasa diberi tunjuk
ajar macam mana nak lalui zaman remaja (akil baligh) mereka supaya
tak mengandung whatsoever? Perasan tak lelaki kena deal sendiri
sepanjang proses akil baligh mereka dan tak ada yang approach?
Kita rasa bela anak perempuan seorang lagi susah
dari jaga lembu sekandang. Kerana tak terdidiknya kaum lelaki lah
kaum perempuan tertindas. Kerana tak terdidiknya orang lelaki lah
orang perempuan automatik berdikari.
Wahai ibu wahai bapa. Didiklah anak-anak lelaki
dan perempuan anda sebaik-baiknya. Kasihanilah anak lelaki anda yang
‘terabai’ dan disuruh belajar sendiri erti tanggungjawab.
Kasihanilah anak perempuan anda yang dibebani dengan tanggungjawab
yang sepatutnya lelaki laksanakan.
Kredit: Iman Plymouth
#STOKISPOWERGOLD
#BarangKemasMurah
#EJENGroupSupportLike
0126376865 - Yatt
#BarangKemasMurah
#EJENGroupSupportLike
0126376865 - Yatt
No comments:
Post a Comment