TAZKIRAH.
Assalamualaikum
sahabat-sahabat yang dikasihi. Apa khabar? Baik? Syukur
Alhamdulillah. Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan di
sepanjang bulan Ramadhan ni. Tinggalkanlah segala yang tak baik.
Kita
tak tahu berapa lama lagi kita di atas dunia ni. Entah esok atau
lusa. Tidak ada yang mustahil. Jadi, lakukan sebaik-sebaiknya. Bukan
sahaja pada bulan Ramadhan kita berkejar-kejar topup PAHALA tetapi
juga untuk bulan-bulan seterusnya. Boleh? In shaa Allah.
Jangan
kita fikir, “Alaa, Allah sayangkan aku. Sebab tu DIA masih biarkan
aku hidup lagi. Dia nak aku hidup lama lagi di muka Bumi ni menikmati
kehidupan ni”. Tapi, tahu tak apa disebaliknya? Mungkin juga Allah
masih hidupkan kita untuk kita perbanyakkan amalan kita. Masih lagi
tidak cukup. Masih nipis lagi buku amal kebaikan kita untuk kita
menghadapNya. Iya bukan? Kalau tak, harini juga dia dah PANGGIL kita
sebab DIA dah tak sabar nak jumpa kita. Tapi disebabkan amal kebaikan
kita masih tak cukup, kita dihidupkan lagi untuk terus tambah tambah
dan tambah. Jangan sia-siakan peluang ini.
No comments:
Post a Comment